Sunday 24 February 2013

Jadual Setiausaha Peperiksaan PMR 2013


JADUAL PELAKSANAAN DAN PENGHANTARAN
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PMR 2013

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
Semakan

Tandakan
(/)
1.
21 Jan -
7 Feb 2013

Taklimat Pendaftaran Peperiksaan PMR peringkat Daerah

S/U Peperiksaan PMR




Maklumkan kepada Pengetua dan beri taklimat kepada Guru Kelas dan Calon.

S/U Peperiksaan PMR
dan GPK 1




Setiausaha Peperiksaan PMR menyerahkan Borang Pendaftaran calon kepada Guru kelas

Guru Kelas




Fotostat Surat Beranak / Kad pengenalan / Surat Pengakuan Warga Asing

Calon & Guru Kelas




Calon melengkapkan Borang pendaftaran
Calon dan dibimbing oleh Guru Kelas.

Calon & Guru Kelas




Guru Kelas menyemak dan mengesahkan
Borang Pendaftaran Calon.

Guru Kelas




Guru Kelas menyerahkan Borang pendaftaran
Calon dan salinan fotostat Surat Beranak/Kad
Pengenalan/ Surat Perakuan Warga Asing
kepada S.Usaha Peperiksaan PMR

Guru Kelas / S.Usaha
Peperiksaan PMR









Setiausaha Peperiksaan PMR menyemak
Borang Pendaftaran Calon

S.Usaha Peperiksaan
PMR / AJK Pep.




Murid dan Guru Keias buat semakkan sekali
lagi.

Calon & Guru Kelas




Setiausaha Peperiksaan memasukkan butiran,
calon ke dalam sistem aplikasi.

S.Usaha Peperiksaan
PMR




Setiausaha Peperiksaan PMR mencetak,
Senarai Kemasukan Calon

S.Usaha Peperiksaan
PMR




Murid menyemak dan mengesahkan butiran
senarai kemasukan calon.

Calon & S.Usaha
Peperiksaan PMR




S.Usaha Peperiksaan PMR membuat
pembetulan maklumat calon ke dalam sistem
aplikasi (jika ada).

S.Usaha Peperiksaan
PMR/ AJK Pep.




S.Usaha Peperiksaan pMR mencetat senarai
kemasukan calon yang telah dikemaskini.

S.Usaha Peperiksaan




Pengetua mengesahkan dokumen-dokumen
pendaftaran PMR 2013


Pengetua / Guru Besar


2.
 27 - 28 Feb 2O13
Setiausaha Peperiksaan PMR menyerahkan
dokumen-dokumen pendaftaran PMR kepada
PPD

S. Usaha Peperiksaan


3.
1-4 Mac 2013
PPD mengumpul dan mengabungkan disket
pendaftaran PMR 2013
Pegawai Peperiksaan
PPD




PPD Semak dan gabung pendaftaran sekolah
dan semak dokumen-dokumen pendaftaran
PMR 2013

Pegawai Peperiksaan
PPD


4.
5-6 Mac 2O13
PPD  serah bahan pendaftaran kepada JPN-
DISKET KUMPUL PENDAFTARAN, BORANG A,
BORANG B, BORANG C DAN BORANG
MAKLUMAT PERUNTUKAN KHAS (MPK)

Pegawai Peperiksaan





Tuesday 5 February 2013

Tajuk Kerja Kursus Sejarah PMR 2013

Kerja Kursus Sejarah PMR 2013

1.Tugasan 1 :
 
Kajian : Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia.

2. Tugasan 2 :

Esei : Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.


Wednesday 30 January 2013

Kesan Pendudukan Jepun dari Segi Sosial


Hamba

HAMPIR 300,000 pekerja dilaporkan terlibat membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua. Daripada jumlah itu, kira-kira 60,000 pekerja merupakan tahanan perang British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda. Selebihnya, merupakan buruh paksa dari India, China dan Tanah Melayu.Sepanjang tiga tahun pembinaan jambatan itu seramai 16,000 tawanan perang dilaporkan maut manakala lebih 100,000 buruh dari ketiga-tiga negara Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit meluaskan empayarnya.Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.
Jalan Kereta Api Maut
 

 
Penyakit beri - beri

Penyakit beri-beri adalah penyakit yang mengenai saraf yang disebabkan oleh kekurangan makanan pada bagian yang disebut sebagai ancurian atau thiamin (kekurangan vitamin B1). Zat tersebut ditemukan opleh Dr. Eykman. Vitamin B1 banyak terdapat pada kulit ari beras, ragi, susu, buah dan sayuran segar. Karena kurangan vitamin inilah  maka pertukaran hidrat arang jadi terganggu. Inilah yang menyebabkan sesorang itu akan terkena penyakit beri-beri.
Rakyat yang Menghidap penyakit beri-beri
 

Kebuluran

Kebuluran ialah ketidakcukupan makanan teruk, atau kelaparan yang amat hingga boleh menyebabkan kematian. Ia merupakan bentuk paling teruk bagi pemakanan tak seimbang.
Kebuluran
 

Asal Usul Mata Wang Pokok Pisang


 
 
Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun ialah bentuk mata wang yang diedarkan oleh Empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara 1942 hingga 1945. Ia merupakan salah satu daripada banyak bentuk wang serangan Jepun yang dikeluarkan di seluruh Empayar Jepun yang baru diperluas. Mata-mata wang yang serupa juga dikeluarkan di Burma (sebagai rupee Jepun), Hindia Timur Belanda (sebagai guilder Jepun) dan Filipina (sebagai peso Jepun). Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dirujuk secara tak formal (serta dengan nada menghina) sebagai "duit pisang", dengan nama sindiran itu berasal daripada motif pokok pisang pada nota bank 10 dolarnya. Dolar Jepun itu digunakan secara meluas selepas dolar Selat dan dolar Malaya yang digunakan dahulu semakin jarang ditemui.

Mata wang pendudukan Jepun dikeluarkan hanya dalam bentuk nota bank, termasuk sen. Nota-nota itu mengekalkan sesetengah ciri yang biasa didapati dalam mata-mata wang yang dahulu, misalnya penggunaan nama mata wang dolar dan sen tetapi tanpa simbol mata wang masing-masing ($ dan ¢). Bagaimanapun, bahasa-bahasa yang digunakan dihadkan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Jepun pada birai bawah nota-nota itu. Setiap nota mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang berbeza tetapi mengekalkan reka letak yang serupa. Ia bertujuan untuk diedarkan di Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, dengan nota-nota itu ditandakan dengan huruf besar bercap yang bermula dengan "M" untuk "Malaya

 
 
 
Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.

Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran. Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri

Isi Kandungan Sejarah Tingkatan 3 2013


 
SEJARAH TINGKATAN 3

INDEKS

BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

  • 1.1 Pemerintahan Tentera Jepun
  • 1.2 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun

BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

  • 2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun
  • 2.2 Malayan Union
  • 2.3 Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union
  • 2.4 Penubuhan UMNO
  • 2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

  • 3.1 Penyusupan & Kegiatan Pengganas Komunis
  • 3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
  • 3.3 Kesan Darurat

BAB 4 : KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

  • 4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
  • 4.2 Kerjasama Kaum Ke Arah Berkerajaan Sendiri

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

  • 5.1 Rombongan Merdeka
  • 5.2 Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • 5.3 Pemasyhuran Kemerdekaan

BAB 6 : PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI 
              SARAWAK  DAN SABAH

  • 6.1 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak
  • 6.2 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah

BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

  • 7.1 Gagasan Persekutuan Malaysia
  • 7.2 Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
  • 7.3 Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia

 

Tuesday 8 January 2013

Serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki


 
Gambaran Asap Bom Atom
 
Serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki adalah serangan nuklir selama Perang Dunia II terhadap kekasaran Jepun oleh Amerika Syarikat atas perintah Presiden Amerika Syarikat Harry S. Truman. Setelah enam bulan pengeboman 67 kota di Jepun lainnya, senjata nuklier "Little Boy" dijatuhkan di kota Hiroshima pada tanggal 6 Ogos 1945, diikuti dengan pada tanggal 9 ogos 1945, dijatuhkan bom nuklir "Fat Man" di atas Nagasaki. Kedua tanggal tersebut adalah satu-satunya serangan nuklir yang pernah terjadi.
Asap dari Bom Atom yang digugurkan
 
 
Bom Atom

Mayat Mangsa dari pengeboman

Bom atom ini membunuh sebanyak 140.000 orang di Hiroshima dan 80.000 di Nagasaki pada akhir tahun 1945.Sejak itu, ribuan telah tewas akibat luka atau sakit yang berhubungan dengan radiasi yang dikeluarkan oleh bom.Pada kedua kota, majoriti yang tewas adalah penduduk.
Kesan kemusnahan akibat dari pengeboman
 

 Enam hari setelah dijatuhkannya bom atom di Nagasaki, pada 15 Ogos, Jepun mengumumkan bahawa Jepun menyerah tanpa syarat kepada Sekutu, menandatangani instrumen menyerah pada tanggal 2 September, yang secara rasmi mengakhiri Perang Pasifik dan Perang Dunia II. (Jerman sudah menandatangani menyerah pada tanggal 7 Mei 1945, mengakhiri teater Eropah.) Pengeboman ini membuat Jepun sesudah perang mengadopsi Three Non-Nuclear Principles, melarang negara itu memiliki senjata nuklir

Tokoh Leftenan Adnan


Leftenan Adnan
Leftenan Adnan
 
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

 

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

 

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

 

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

 

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

 

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

 

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)

 

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

 

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

 

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

 

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.

 

Kematian Pejuang

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

 

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri.[3], [4] Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

 

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

 

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

 

    "Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."