Wednesday 30 January 2013

Asal Usul Mata Wang Pokok Pisang


 
 
Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun ialah bentuk mata wang yang diedarkan oleh Empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara 1942 hingga 1945. Ia merupakan salah satu daripada banyak bentuk wang serangan Jepun yang dikeluarkan di seluruh Empayar Jepun yang baru diperluas. Mata-mata wang yang serupa juga dikeluarkan di Burma (sebagai rupee Jepun), Hindia Timur Belanda (sebagai guilder Jepun) dan Filipina (sebagai peso Jepun). Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dirujuk secara tak formal (serta dengan nada menghina) sebagai "duit pisang", dengan nama sindiran itu berasal daripada motif pokok pisang pada nota bank 10 dolarnya. Dolar Jepun itu digunakan secara meluas selepas dolar Selat dan dolar Malaya yang digunakan dahulu semakin jarang ditemui.

Mata wang pendudukan Jepun dikeluarkan hanya dalam bentuk nota bank, termasuk sen. Nota-nota itu mengekalkan sesetengah ciri yang biasa didapati dalam mata-mata wang yang dahulu, misalnya penggunaan nama mata wang dolar dan sen tetapi tanpa simbol mata wang masing-masing ($ dan ¢). Bagaimanapun, bahasa-bahasa yang digunakan dihadkan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Jepun pada birai bawah nota-nota itu. Setiap nota mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang berbeza tetapi mengekalkan reka letak yang serupa. Ia bertujuan untuk diedarkan di Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, dengan nota-nota itu ditandakan dengan huruf besar bercap yang bermula dengan "M" untuk "Malaya

 
 
 
Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.

Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran. Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri

No comments:

Post a Comment