Wednesday, 30 January 2013

Kesan Pendudukan Jepun dari Segi Sosial


Hamba

HAMPIR 300,000 pekerja dilaporkan terlibat membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua. Daripada jumlah itu, kira-kira 60,000 pekerja merupakan tahanan perang British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda. Selebihnya, merupakan buruh paksa dari India, China dan Tanah Melayu.Sepanjang tiga tahun pembinaan jambatan itu seramai 16,000 tawanan perang dilaporkan maut manakala lebih 100,000 buruh dari ketiga-tiga negara Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit meluaskan empayarnya.Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.
Jalan Kereta Api Maut
 

 
Penyakit beri - beri

Penyakit beri-beri adalah penyakit yang mengenai saraf yang disebabkan oleh kekurangan makanan pada bagian yang disebut sebagai ancurian atau thiamin (kekurangan vitamin B1). Zat tersebut ditemukan opleh Dr. Eykman. Vitamin B1 banyak terdapat pada kulit ari beras, ragi, susu, buah dan sayuran segar. Karena kurangan vitamin inilah  maka pertukaran hidrat arang jadi terganggu. Inilah yang menyebabkan sesorang itu akan terkena penyakit beri-beri.
Rakyat yang Menghidap penyakit beri-beri
 

Kebuluran

Kebuluran ialah ketidakcukupan makanan teruk, atau kelaparan yang amat hingga boleh menyebabkan kematian. Ia merupakan bentuk paling teruk bagi pemakanan tak seimbang.
Kebuluran
 

No comments:

Post a Comment