BAB 1:
PENDUDUKAN JEPUN DI
TANAH MELAYU
(1) Faktor Jepun
menjadi kuasa imperialis
1. Maharaja Mikado Meiji – memodenkan Jepun
2. Pemulihan Meiji – tekankan pemodenan dan perindustrian
3. Negara Barat – dijadikan model
4. China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran
5. Jepun menang Perang Rusia-Jepun 1905
6. Masalah ekonomi di Jepun
7. Pertambahan penduduk Jepun
8. Tanah pertanian di Jepun berkurangan.
9. Perlu bahan mentah spt petroleum, bijih timah dan getah.
10. Perlu pasaran baru untuk hasil perindustriannya.
11. Tawan sebahagian China selepas Perang China-Jepun Kedua
12. Amerika Syarikat adakan sekatan ekonomi terhadap Jepun
kerana enggan berundur dari China
13. Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara
untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.
14. Slogan Pihak Jepun –
i. “Asia untuk Orang Asia”,
ii. “Semangat Asia”,
iii. “Kawasan Kesemakmuran Bersama
Asia Timur Raya”
(2) Kemaraan Jepun ke
Tanah Melayu
1. Mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan
di Pantai Sabak, Kota Bharu.
2. Mara ke Jitra, Kedah.
3. Tentera Jepun berpecah dua pasukan:
i. ke Pulau Pinang dan mara ke
selatan melalui pesisiran pantai
ii. mengikut jalan darat menuju
bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
4 Mendarat Kota Bharu – mara ke selatan mengikut jalan barat
di negeri-negeri pantai timur.
5. Kemaraan ke Tanah Melayu melalui Pantai Barat;
i) mendarat di Singgora dan Pattani
mara ke Jitra.
ii) Dari Alor Star ke selatan
melalui bandar utama
iii) Dari Pulau Pinang ke selatan
melalui pesisiran pantai
iv) menawan Kuala Lumpur
v) menawan Singapura – TM jatuh ke
tangan tentera Jepun.
6. Kemaraan Jepun ke TM melalui Pantai Timur;
i) mendarat di Kota Bharu.
ii) “Kapal “Repulse” dan “Prince of
Wales” ditenggelamkan oleh tentera berani mati Jepun.
REPULSE |
(3) Kemaraan Jepun ke
Sabah dan Sarawak
1. Mendarat di Miri
2. Berpecah kepada dua pasukan;
i) ke Kuching dan kemudian ke Sibu
ii) ke Sabah melalui Labuan dan ke
Sandakan.
3. Tiada tentangan sengit
kapal terbang perang |
(4) Cara Kemaraan
Tentera Jepun
1. Kapal terbang perang
2. Kereta kebal penggempur
kereta kabel |
3. Kereta kebal yang kecil
4. Penggunaan bot
Basikal |
5. Penggunaan basikal – melalui jalan sempit – cepatkan
perjalanan
(5) Kemusnahan Akibat
Peperangan
1. Kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan.
2. Semasa berundur, tentera British guna taktik “bumi
hangus” (memusnahkan jambatan, jalan kereta api, ladang dan kaw. perlombongan)
3. bagi melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan
melumpuhkan ekonomi.
4. British bakar telaga minyak di Miri
5. British musnah dokumen-dokumen kerajaan.
6. Kemusnahan menggagalkan cita Jepun untuk menguasai bahan
mentah
7. Bangunan musnah.
8. Menghancurkan tamadun manusia.
9. Bangunan Muzium Selangor musnah
10. Jambatan Guillemard di Kuala Krai diletupkan
(6) Kejatuhan Tanah
Melayu di tangan Jepun
1. Tentera British terdiri askar India-Gurkha, Australia.
2. Tentera British tidak berhasrat mempertahankan TM dgn
bersungguh kecuali Singapura.
3. Tumpuan British – mempertahankan negara Britain daripada
serangan tentera Paksi di Eropah.
4. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang
mempertahankan TM
5. Leftenan Adnan anggota Rejimen Askar Melayu ketuai
pasukan di Bukit Gap, Singapura.
6. Leftenan Adnan gugur dalam pertempuran
7. Leftenan Jeneral A.E. Percival serah diri kepada Left.
Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.
(7) Faktor Kejayaan
Jepun
1. Perancangan awal perang;
- Jepun guna propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan
kerjasama penduduk
- Jepun jalankan aktiviti perisikan bagi mendapatkan
maklumat
2. Kelengkapan perang tentera Jepun;
- kapal terbang pejuang seperti “Zero Fighter?.
- guna kereta kebal – sesuai keadaan muka bumi di Tanah
Melayu.
3. Pakatan Jepun-Thailand;
- Thailand beri laluan kpd tentera Jepun mendarat
- Sebg balasan, Jepun tidak menyerang Thailand.
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis kepada Thailand.
4. Taktik serangan Jepun;
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii
- Jepun serang dari utara kerana British tertumpu di selatan
iaitu Singapura.
5. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM);
- KMM sebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
- KMM beri maklumat perisikan tentang TM
- KMM jadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
6. Semangat tentera Jepun;
- berjuang untuk kemegahan negara Jepun
- rela mati demi Maharaja Jepun.
- berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang
China-Jepun
7. Kelemahan tentera British;
- Tentera British tidak bersedia
- British menumpukan peperangan di Eropah.
- kurang latihan
- kekurangan peralatan perang
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British berubah
sikap menjadi anti-British.
- Tumpuan pertahanan hanya di Singapura.
8. Kegiatan Perisikan Jepun;
- Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu menjadi
ejen perisikan.
- Mereka menyamar sebg tukang gunting rambut,
- menyamar sebagai orang Cina dan pelancong.
- Tentera Jepun guna kesempatan semasa kuasa Barat sedang
menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah.
- Penduduk terpengaruh dengan slogan-Jepun.
(8) Pemerintahan
Jepun
1. Pemerintahan bercorak ketenteraan
2. Tanah Melayu dikenali Malai Baru (Melayu Baru).
3. Singapura dikenali Syonan (Cahaya Selatan)
4. Pentadbiran Singapura diasingkan drp Tanah Melayu
5. Gabungkan Tanah Melayu dgn Sumatera di bawah satu
pentadbiran pusat.
6. Di bawah pentadbiran pusat, -pentadbiran wilayah yang
terdiri daripada negeri-negeri.
7. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah.
8. Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan
kepada Thailand
9. Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi pentadbiran
Borneo Utara – diketuai Gabenor Jeneral yang beribu pejabat di Kuching.
10. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah
11. Sabah dibahagikan kepada dua wilayah.
12. Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah.
(9) Dasar
pemerintahan tentera Jepun
1. Peranan Sultan;
i. tidak lagi menjadi pemerintah
negeri
ii. menjadi ketua agama Islam dan
adat istiadat Melayu
iii. diberi elaun seperti semasa
pmh British
2. Tanah Melayu jadi tanah jajahan Jepun.
3. Majlis Agama Islam ditubuhkan
4. Ekonomi dieksploitasi untuk perindustrian dan membiayai
peperangan.
5. Mata wang Jepun diperkenalkan.
6. Pengenalan ekonomi kawalan
7. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian
digiatkan.
8. Catuan makanan – atasi kekurangan bahan keperluan harian.
9. Layanan istimewa kepada “kaisha” (syarikat Jepun)
10. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup
11. Kesetiaan terhadap Jepun
12. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan pada setiap
pagi di sekolah.
13. Nippon-Go – bahasa pengantar di sekolah.
14. Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun
15. Orang Melayu – Dilayan lebih baik untuk mendapat
kerjasama
16. Orang Cina – Dilayan kasar kerana menyokong kerajaan
China dalam Perang China-Jepun.
17. Orang India- Dilayan baik kerana Jepun inginkan
kerjasama mereka bagi mengusir British di India.
18. Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu
Stesen Kereta Api Syonan.
19. Nama persatuan perdagangan menggunakan bahasa Jepun
20. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
(10) Reaksi penduduk:
i) Reaksi di
kalangan orang Melayu terpengaruh dengan slogan Jepun Diberikan layanan baik
oleh tentera Jepun. KMM di bawah Ibrahim Haji Yaacob adakan pakatan sulit
dengan Jepun dgn harapan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan. Sokongan orang
Melayu tidak kekal lama. TM tidak diberi kemerdekaan spt yg dijanjikan.
Peringkat awal – Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu. KMM
dibubarkan oleh Jepun.
ii) Reaksi di
kalangan orang Cina dipengaruhi oleh Perang China-Jepun Terlibat dengan gerakan
anti-Jepun. memulaukan barangan Jepun pungut derma utk bantu negara China.
pemuda Cina balik ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. orang
Cina dilayan secara kasar ada menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan
perniagaan dan keselamatan nyawa
iii) Reaksi di
kalangan orang India dpt layanan baik kerana Jepun memerlukan kerjasama untuk
mengusir British di India. Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British
supaya bekerjasama dengan mereka. Ramai orang India sertai Tentera Kebangsaan
India. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India.
(11) Gerakan
anti-Jepun di Tanah Melayu
1. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA);
- ditubuhkan
oleh Parti Komunis Malaya
- Bekerjasama
dgn British – dapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan dan senjata.
2. Force 136;
- Ditubuhkan oleh Tentera
Bersekutu di Pahang, Johor dan Kedah
- Anggota mendapat latihan
daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka.
- Anggotan terdiri pegawai tadbir
Melayu
3. Askar Melayu Setia (AMS);
- lancarkan perang gerila.
- Bekerjasama dan mendapat bantuan
Force 136.
4. Pasukan Wataniah Pahang;
- Sultan Pahang sebagai Pemerintah
Kehormat.
- Diketuai oleh Yeop Mahidin.
- Wadah pemuda Melayu menentang
Jepun
- Hubungan baik dengan pasukan
Force 136.
5. Gerila Kinabalu;
- Pimpinan Albert Kwok.
- Melancarkan pemberontakan
“Double Tenth” tetapi gagal.
6. Gerila Datu Mustapha – penentangan di Kudat.
7. Gerila di Sandakan – penentangan di Sandakan.
8. Penentangan di pesisir pantai Sarawak;
- Jalankan gerakan membantu
tentera Bersekutu mengusir Jepun.
(12) Kekalahan Jepun
1. Tentera Bersekutu gugurkan bom atom di Hiroshima dan di
Nagasaki.
2. Jepun menyerah kalah tanpa syarat
3. Jeneral Seishiro Itagaki menyerah diri kepada tentera
Bersekutu di Singapura.
4. Di wilayah Borneo , Masao Baba menyerah kalah di
Surrender Point, Labuan.
5. Jeneral Seishiro Itagaki menandatangani perjanjian
menyerah kalah kepada Laksamana Louis Mountbatten, Komander Tentera Bersekutu
di Asia Tenggara pada 12 September 1945 di bangunan Majlis Perbandaran
Singapura.
(13) Kesan
Pemerintahan Tentera Jepun
(a) Politik
1. Keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara
daripada penjajahan.
2. Jepun semarakkan semangat kebangsaan
3. Slogan Jepun “Asia untuk Orang Asia” mempengaruhi
pemikiran penduduk
4. Akhbar Fajar Asia pengaruhi pemikiran rakyat.
5. Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan
Kepimpinan) – melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Koa Kunrenjo
ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
6. Orang tempatan – peluang jadi pegawai daerah;
i. Abang Haji Openg (di Kuching)
ii. Mohd. Salleh Haji Sulaiman
(di Hulu Perak)
7. Ibrahim Haji Yaacob keuai pasukan Pembela Tanah Air(PETA)
iaitu pertubuhan separa tentera yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun
untuk menentang tentera Bersekutu.
8. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat
Kebudayaan dan Adat Istiada Melayu.
9. Dato? Onn Ja?afar dilantik menjadi Pengawal Makanan
Negeri Johor dan dilantik semula menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
10. Jepun sekat kebebasan bersuara penduduk
11. Akhbar mencurigakan diharamkan oleh Jepun.
12. Pertubuhan pro-Jepun dibenarkan aktif.
13. KMM diharamkan
14. Apabila menerima tekanan tentera Bersekutu, Jepun beri
kelonggaran kepada pertubuhan politik untuk bergiat semula seperti KMM.
15. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama dengan
Indonesia.
16. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) bertujuan
mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia bagi mengukuhkan konsep Melayu Raya
yang diperjuangkan oleh KMM.
17. Semangat kebangsaan orang India – memerdekakan negara
India.
18. Semangat kebangsaan orang Cina – anti-Jepun kesan
daripada Perang China-Jepun.
19. PKM dapat bantuan daripada pasukan Force 136.
20. PKM menubuhkan MPAJA.
21. MPAJA dikenali “Bintang Tiga” -melambangkan tiga kaum
utama. Sebhgn besar orang Cina.
(b) Ekonomi
1. Rancangan „Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
gagal.
2. Ekonomi merosot
3. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan.
4. Pengangguran meningkat.
5. Perdagangan antarabangsa terhenti.
6. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera
Bersekutu – bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun.
7. Amalan rasuah, sorok barang dan pasaran gelap
8. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan.
9. Berlakunya inflasi.
10. Mata wang Jepun “wang pokok pisang” digunakan.
11. Makanan dan ubat-ubatan sukar diperoleh
12. Catuan bekalan makanan.
13. Kad catuan – setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki
dua gantang beras untuk sebulan.
14. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama.
c) Ciptaan baru
1. Keperitan hidup menjadikan kita lebih kreatif.
2. Ciptaan baru berasaskan bahan tempatan.
3. Contohnya, kasut getah daripada getah keping. Kain
dihasilkan daripada benang nanas.
4. Perusahaan tradisional seperti menghasilkan minyak
kelapa, gula kelapa & rokok daun digiatkan semula.
5. Ubat-ubatan tradisional jadi penting.
6. Muncul industri baru berasaskan sumber tempatan;
- Kenderaan lori dan kereta
berkuasa wap menggunakan arang dicipta.
- Bahan api daripada susu getah.
- Tayar tanpa tiub daripada getah
padat.
- Tali kapal daripada sabut kelapa.
- Kelambu dan kain daripada benang
daun nanas.
- Peralatan berasaskan kulit haiwan
dan logam
d) Sosial
1. kesengsaraan dan ketakutan.
2. Perintah berkurung dan sekatan perjalanan.
3. Penduduk mencurigai antara satu sama lain kerana bimbang
dianggap anti-Jepun
4. Ramai jadi mangsa kekejaman tentera Jepun.
5. Kempeitei menjalankan tugas pengintipan.
6. “Seksa dulu kemudian siasat” – amalan kempeitei.
7. Hukuman dera dan hukuman mati dijalankan.
8. Rakyat dijadikan buruh paksa.
9. Penduduk menjadi buruh paksa – bina “Jalan Kereta Api
Maut” di sempadan Thailand-Burma.
10. Wabak penyakit berjangkit.
11. Kebuluran
12. Ubat sukar didapati -bekalan tidak dapat diimport
1. Pendudukan Jepun bawa kesengsaraan.
2. Slogan Jepun sebenarnya muslihat Jepun untuk mencapai
hasrat mereka.
No comments:
Post a Comment