Monday 17 December 2012

Jepun

  • Jepun digelar Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun. Kedua-dua perkataan ini ditulis dengan huruf kanji yang sama, iaitu 日本. Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, manakala Nihon biasanya digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti perbualan harian.
  • Perkataan Nippon dan Nihon membawa maksud "negara matahari terbit". Nama ini berasal daripada perutusan rasmi negara China, dan merujuk kepada kedudukan relatif Jepun di sebelah timur benua Asia. Sebelum itu, Jepun dikenali sebagai Yamato (大和). Wa (倭) pula digunakan di negara China pada zaman Tiga Negeri.
  • Perkataan Jepun dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Kantonis, yang membawa sebutan Yat Pun.
  • Gelaran rasmi Jepun dalam bahasa Jepun ialah Nipponkoku atau Nihonkoku (日本国), yang bermaksud "negara Jepun".





  • 1 comment:

    1. Harrah's Hotel and Casino - MapyRO
      Harrah's Hotel and Casino is part 김포 출장안마 of the Caesars Entertainment family. The casino 남양주 출장안마 houses more than 양산 출장샵 5,000 slot machines, including 안성 출장마사지 553 과천 출장샵 slots, over 200 table

      ReplyDelete