Maharaja Meiji (明治天皇 Meiji-tennō?) (3 November 1852 — 30 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan
pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.
Nama diri baginda ialah Mutsuhito (睦仁?). Sepertilah
maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus
selepas mangkat. Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu
memberikan zaman pemerintahan
mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini
dikenali sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito
atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya
digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja
itu boleh dianggap kurang sopan.
Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852,
Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil, belum
berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa
dan daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di
negara. Apabila baginda mangkat pada tahun 1912,
Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara
(Lihat Pemulihan Meiji) dan
timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas
dunia.
Garis masa peristiwa-peristiwa sepanjang riwayat dan
pemerintahan Maharaja Meiji
Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak
perubahan besar kepada masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa
peristiwa-peristiwa utama:
- 3 November 1852: Meiji (ketika itu dikenali
sebagai Sachinomiya) dilahirkan oleh gundik diraja Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei
- 1853: Searmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry tiba di
Jepun pada 8 Julai; dianggap sebagai "Pembukaan" Jepun.
Kematian Syogun.
- 1854–55: Penandatanganan perjanjian
bersama Amerika Syarikat oleh
Bakufu.
- 1858: Penandatanganan perjanjian bersama Belanda, Empayar Rusia dan Great Britain oleh Bakufu.
- 1860:
- Mac: Tairo Ii Naosuke, dibunuh.
- 11 November: Sachinomiya secara rasminya diisytiharkan
Putera Raja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito.
- 1864–65: Serangan
Shimonoseki oelh kapal-kapal British, Amerika, Perancis dan
Belanda; disusuli pertelingkahan antara pihak syogun dan Choshu.
- 1866: Kematian Syogun, Tokugawa
Iemochi pada 29 Ogos; pelantikan Tokugawa Yoshinobu
sebagai Syogun.
- 1867:
- 4 Januari: Pemulihan rasmi pemerintahan diraja; tamatnya
pemerintahan syogun
Tokugawa setelah 265 tahun
- 31 Januari: Kemangkatan Maharaja Komei
akibat penyakit cacar berdarah, penaikan takhta Mutsuhito secara tidak
rasmi.
- 12 September: Pertabalan rasmi Maharaja Meiji.
- 23 Oktober: Nengo ditukar ke
tahun pertama Meiji.
- 6 November: Ibu negara berpindah dari Kyoto ke Edo, dinamakan semula sebagai Tokyo.
- 1869
- 11 Januari: Perkahwinan Meiji ke Ichijo Haruko yang
mulai saat itu bergelar Maharani
Shoken.
- 4 September: Meiji menyambut Duke Edinburgh.
- 1871: Pemansuhan kawasan han diisytiharkan.
- 1873: Istana Edo ranap
akibat kebakaran; maharaja berpindah ke Istana Akasaka.
Putera-puteri sulung baginda lahir tanpa nyawa.
- 1878: Pembunuhan Okubo
Toshimichi.
- 31 Ogos 1879: Kelahiran Putera Yoshihito,
putera tunggal Meiji yang bakal menjadi Maharaja Taisho.
No comments:
Post a Comment