Friday 28 December 2012

Perang Dunia Kedua


Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

 Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Eropah. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina yang berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga minyak Belanda Hindia Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang paling memalukan sepanjang zaman.

 Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea. Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan.

 Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur Tengah.

 Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943.

 
Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte.

 

Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah besar Jepun.

 

Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan Kebangsaan Nationalist berterusan walaupun perang sudah tamat.

 
Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom api dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke atas Jepun, menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan bom atom. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945.

No comments:

Post a Comment